Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 2

February 14, 2017 | Author: sasauball | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 2...

Description

Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai. 1.

Ali mengayuh __________________ ke sekolah. A basikal B kereta C motosikal

Soalan 2, berdasarkan gambar 1

Gambar 1 2.

Emak menyiang _______________ di dapur. A B C

udang ayam ikan

Soalan 3, berdasarkan gambar 2.

1

Gambar 2 3.

Pada waktu rehat, murid-murid makan di _____________ A B C

4.

perpustakaan kantin kelas

Buaya dikenali sebagai _______________ dalam cerita binatang. A B C

Sang Kancil Sang Belang Sang Bedal

Soalan 5, berdasarkan gambar 3.

Gambar 3 5.

Setiap hujung minggu, banyak orang pergi berkelah di ________________ A Batu Hitam

2

B C

Muzium Negara Masjid Negara

Soalan 6, berdasarkan gambar 4.

Gambar 4 6.

_______________ berasa sungguh sedih apabila anakcucunya tidak pulang berhari raya bersamanya. A Nenek Bedah B Datuk Leman C Kakak Suri

7.

“Ampun tuanku, _______________ datang mengadap,” kata hulubalang itu. A saya B beta C patik

8.

“ ________________ pergi dahulu, saya akan menyusul kemudian,” kata Aiman kepada rakan-rakannya. A Kami B Mereka C Kalian

9.

Di manakah _______________ tinggal? A kami B engkau C saya

3

Soalan 10, berdasarkan gambar 5

Gambar 5 10. Farhan menyapu tingkap dengan menggunakan se_________________ bulu ayam. A helai B tangkai C batang

Soalan 11, berdasarkan gambar 6

Gambar 6 11. Amzar makan dua ________________ roti semasa sarapan. A keping B papan C buku 12. Abang menerima dua _______________ surat panggilan temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. A B C

pucuk keping naskhah 4

13. “ _______________kah kejadian itu boleh berlaku?” tanya Cikgu Aiman kepada anak muridnya. A B C

Apa Berapa Bagaimana

14. “ Kamu tinggal di _______________ ?” tanya Mei Lin kepada budak itu. A B C

apa mana siapa

15. _______________kah Siva tidak hadir ke sekolah semalam? A B C

Apa Mengapa Bagaimana

16. Bau longkang itu sungguh ______________ dan meloyakan. A B C

harum hapak busuk

Soalan 17, berdasarkan gambar 7.

5

Gambar 7 17. Zulkarnain lari lintang-pukang apabila dikejar anjing yang ______________ itu. A B C

garang buas liar

Soalan 18, berdasarkan gambar 8.

Gambar 8 18. Walaupun Pak Mail sudah tua, tetapi masih _______________. A segar B kuat C lemah. Soalan 19 dan Soalan 20. Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai. Soalan 19, berdasarkan Gambar 9.

6

Gambar 9 19. Ahmad dan ayahnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah tiga hari _______________ di Pulau Langkawi. A cangkul angin B ambil angin C makan angin Soalan 20, berdasarkan gambar 10

Gambar10 20. Pak Mail membawa _______________nya bermain di taman permainan. A buah hati B anak buah C buah tangan Soalan 21, berdasarkan gambar 11

Gambar 11

7

21. Encik Fikri _______________ sepasang kasut bola yang diisikannya di dalam sebuah bungkusan kepada Isyraf sempena hari lahir Isyraf. A menyambut B memegang C menghadiahkan 22. Perbuatan _________________ dinding sekolah adalah perbuatan yang dilarang. A menconteng B melukis C mengecat Soalan 23, berdasarkan gambar 12.

Gambar 12 23. Akhirnya, ahli kumpulan ekspedisi itu berjaya ________________ Gunung Everest. A B C

melalui mendaki merentasi

24. Adik menangis _______________ lampinnya basah. A B C

dan lalu kerana

25. Buku itu kecil ________________ mahal harganya.

8

A B C

dan tetapi kerana

26. Awak suka makan durian _______________ rambutan? A B C

atau dan lalu

27. _______________, indah sungguh pemandangan di Pulau Sentosa! A B C

Aduhai Aduh Wah

28. _______________, sakitnya kakiku ini! A Eh B Aduh C Amboi Soalan 29 dan Soalan 30. Pilih kata seerti bagi perkataan berhuruf condong. Kemudian bulatkan pada jawapan sama ada A,B atau C. 29. Pisang yang terlampau masak telah dimakan monyet. A muda B ranum C mentah 30. Sawah Mak Lang terbentang luas. A Bendang B Kebun C Ladang Soalan 31 hingga Soalan 35

9

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bulatkan pada jawapan sama ada A, B atau C. Alya sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Tiba-tiba sebuah lori berhenti di hadapan rumahnya. Lori itu sarat dengan barang-barang. Ada beberapa orang sedang menurunkan barang-barang itu. Alya sekeluarga pun berjumpa dengan jiran baru itu. Mereka bersalaman dan memperkenalkan diri kepada jiran baru itu. Nama jiran baru Alya ialah Encik Kumar dan Puan Kamala. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu David dan Jayanti. Ayah Alya dan beberapa orang jiran yang lain membantu Encik Kumar mengangkat barang-barang. Ibu Alya pula membantu Puan Kamala mengemas barangbarang. Alya juga membantu anak-anak Encik Kumar mengemas barang-barang mereka. Encik Kumar sekeluarga mengucapkan terima kasih atas bantuan jiran-jirannya itu. 31. Siapakah jiran baru Alya? A B C

Encik Kumar sekeluarga Puan Kamala David

32. Apakah yang sedang dilakukan oleh Aya semasa jiran barunya tiba? A B C

Memetik bunga. Menanam bunga. Menyiram pokok bunga.

33. Berapa orangkah ahli keluarga Encik Kumar?

10

A B C

Dua orang Empat orang Enam orang

34. Perkataan sarat dalam petikan bermaksud A B C 35. Pilih A B C

melebihi penuh sesak tajuk yang sesuai bagi petikan di atas. Membantu Jiran Jiran-jiran Jiran Baru

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bulatkan pada jawapan sama ada A, B atau C. Shanti

: Saya dengar kamu suka mengumpulkan bahanbahan pembelajaran.

Salma

: Betul Shanti. Bahan-bahan itu sangat berguna kepada kita.

Shanti

: Mengapakah bahan-bahan itu sangat berguna Salma?

Salma

: Kita boleh merujuki bahan-bahan itu apabila kita memerlukannya.

11

Shanti

: Kalau begitu, tentu kita tidak akan membuang masa.

Salma

: Betul, bukan itu sahaja Shanti. Kerja kita juga akan menjadi lebih mudah.

Shanti

: Saya setuju, Salma.

36. Apakah yang dikumpulkan oleh Salma? A Bahan pembelajaran B Bahan hiburan C Bahan kraf tangan

37. Mengapakah bahan-bahan itu perlu dikumpulkan? A B C

Untuk mengisi masa lapang. Untuk rujukan pembelajaran. Untuk mengindahkan kawasan sekolah.

38. Berikut ialah bahan pembelajaran kecuali A B C

surat khabar nota-nota majalah hiburan

39. Beri kata lawan bagi perkataan mudah. A B

susah senang

12

C

berfaedah

40. Bilakah Salma mengumpulkan bahan-bahan pembelajaran? A B C

Masa persekolahan Masa lapang Masa rehat

KERTAS SOALAN TAMAT

13

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF